Pages

Sunday, April 7, 2013

KENAPA ORANG MELAYU/BUMIPUTERA MASIH MUNDUR DAN KETINGGALAN...???



PERSOALANNYA;

1. Kenapa orang Melayu/Bumiputera masih ketinggalan sedang kuasa pemerintahan berada ditangan orang Melayu/Bumiputera selama ini?

2. Kenapa bangsa lain boleh maju dan semakin ke hadapan tetapi orang Melayu/Bumiputera semakin ketinggalan di belakang walaupun dibantu? Betulkah orang Melayu/Bumiputera benar-benar dibantu?

4. Orang Melayu/Bumiputera adalah penduduk yang paling ramai sepatutnya menjadi kuasa beli pengguna terbesar di negara ini. Tetapi kenapa peniagaan orang Melayu/Bumiputera tiada sambutan dan terus muram? Apakah orang Melayu/Bumiputera sendiri tidak membantu perniagaan bangsa mereka sendiri? Atau orang Melayu/Bumiputera hanya memiliki kuasa beli pengguna yang kecil berbanding bangsa lain?

DI MANA SILAP ORANG MELAYU/BUMIPUTERA...?

1. Adakah agama Islam yang dianuti orang Melayu/Bumiputera punca mereka mundur?

2. Adakah adat dan budaya Melayu/Bumiputera yang halus dan lembut punca mereka lemah, mudah diperdaya dan ditindas?

3. Atau adakah sikap orang Melayu/Bumiputera yang lemah lembut dan mudah bertolak-ansur punca mereka mudah diambil kesempatan oleh bangsa lain?

4. Atau adakah sikap orang Melayu/Bumiputera yang patuh dan pemaaf suka diambil kesempatan oleh pemimpin Melayu/Bumiputera sendiri menyebabkan orang mereka terus ditekan supaya terus patuh tanpa membantah?

ORANG MELAYU/BUMIPUTERA SEPATUTNYA SUDAH LAMA MENJADI BANGSA YANG MAJU DENGAN NIKMAT KUASA DAN HARTA DI MALAYSIA YANG KAYA-RAYA YANG TELAH DIKURNIAKAN ALLAH SWT SELAMA INI. TAPI SEKARANG KUASA DAN HARTA SEMAKIN TERHAKIS SEDANGKAN ORANG MELAYU/BUMIPUTERA MASIH JAUH KETINGGALAN DAN SEMAKIN KEBELAKANG. ORANG MELAYU/BUMIPUTERA PERLUKAN SATU REVOLUSI UNTUK BERUBAH...!!!

INI KALILAH...TUKAR!!!

BERKONGSI REZEKI ALLAH SWT...



Mengapa seekor semut  makanannya melimpah ruah dan lebih mudah diperolehi berbanding seekor singa yang perlu berusaha keras mengejar  mangsa untuk dimakan?

Kerana semut adalah makluk yang lemah, taat dan saling berkongsi nikmat rezeki yang dikurniakan kepadanya. Tidak seperti singa yang lebih bersifat rakus, mementingkan diri dan  suka menonjolkan kekuatannya demi menguasai habitatnya.

Begitulah perumpamaan tentang hakikat kurniaan rezeki Allah swt yang halal kepada setiap manusia yang sentiasa berkongsi  dan saling memerlukan. Allah swt pasti akan melimpahkan rezeki dengan jalan yang mudah kepada hambanya walaupun kelihatan seperti seorang yang lemah oleh orang lain.

Sebaliknya , Allah swt akan menyukarkan jalan rezeki kepada hambaNya yang  mementingkan diri dan rakus menonjolkan penguasaannya terhadap nikmat dunia. Oleh itu, ikutilah jalan seorang hamba Allah yang sanggup memilih hidup lemah dalam ketaatan kerana Allah akan memudahkan rezeki dan mencukupkan keperluan kita di dunia ini tanpa sebarang kerisauan dengan jaminan rezeki dari Allah swt.

Sebaliknya jangan sesekali menjadi manusia yang derhaka  kerana kekuatan seperti mana golongan yang sanggup mengabaikan perintah dan tanggungjawab sebagai hamba Allah demi kerakusan mengejar kemahsyuran dunia, kerana mereka pasti tidak akan pernah  merasa cukup malah Allah akan terus menyibukkan hidupnya dengan dunia.