Mengapa seekor semut
makanannya melimpah ruah dan lebih mudah
diperolehi berbanding seekor singa yang perlu berusaha keras mengejar mangsa untuk dimakan?
Kerana semut
adalah makluk yang lemah, taat dan saling berkongsi nikmat rezeki yang
dikurniakan kepadanya. Tidak seperti singa yang lebih bersifat rakus,
mementingkan diri dan suka menonjolkan
kekuatannya demi menguasai habitatnya.
Begitulah
perumpamaan tentang hakikat kurniaan rezeki Allah swt yang halal kepada setiap
manusia yang sentiasa berkongsi dan
saling memerlukan. Allah swt pasti akan melimpahkan rezeki dengan jalan yang
mudah kepada hambanya walaupun kelihatan seperti seorang yang lemah oleh orang
lain.
Sebaliknya ,
Allah swt akan menyukarkan jalan rezeki kepada hambaNya yang mementingkan diri dan rakus menonjolkan
penguasaannya terhadap nikmat dunia. Oleh itu, ikutilah jalan seorang hamba
Allah yang sanggup memilih hidup lemah dalam ketaatan kerana Allah akan memudahkan
rezeki dan mencukupkan keperluan kita di dunia ini tanpa sebarang kerisauan
dengan jaminan rezeki dari Allah swt.
Sebaliknya
jangan sesekali menjadi manusia yang derhaka
kerana kekuatan seperti mana golongan yang sanggup mengabaikan perintah
dan tanggungjawab sebagai hamba Allah demi kerakusan mengejar kemahsyuran
dunia, kerana mereka pasti tidak akan pernah
merasa cukup malah Allah akan terus menyibukkan hidupnya dengan dunia.
1 comment:
Pemimpn yg tamak gile..xcukup2 pelahap duit rakyat mcm xnak mati..bukanya nak berkongsi rezeki dgn mmbgun negara smua rkyt nikmati seadanya mcm semut da
Post a Comment