Pages

Sunday, April 7, 2013

BERKONGSI REZEKI ALLAH SWT...



Mengapa seekor semut  makanannya melimpah ruah dan lebih mudah diperolehi berbanding seekor singa yang perlu berusaha keras mengejar  mangsa untuk dimakan?

Kerana semut adalah makluk yang lemah, taat dan saling berkongsi nikmat rezeki yang dikurniakan kepadanya. Tidak seperti singa yang lebih bersifat rakus, mementingkan diri dan  suka menonjolkan kekuatannya demi menguasai habitatnya.

Begitulah perumpamaan tentang hakikat kurniaan rezeki Allah swt yang halal kepada setiap manusia yang sentiasa berkongsi  dan saling memerlukan. Allah swt pasti akan melimpahkan rezeki dengan jalan yang mudah kepada hambanya walaupun kelihatan seperti seorang yang lemah oleh orang lain.

Sebaliknya , Allah swt akan menyukarkan jalan rezeki kepada hambaNya yang  mementingkan diri dan rakus menonjolkan penguasaannya terhadap nikmat dunia. Oleh itu, ikutilah jalan seorang hamba Allah yang sanggup memilih hidup lemah dalam ketaatan kerana Allah akan memudahkan rezeki dan mencukupkan keperluan kita di dunia ini tanpa sebarang kerisauan dengan jaminan rezeki dari Allah swt.

Sebaliknya jangan sesekali menjadi manusia yang derhaka  kerana kekuatan seperti mana golongan yang sanggup mengabaikan perintah dan tanggungjawab sebagai hamba Allah demi kerakusan mengejar kemahsyuran dunia, kerana mereka pasti tidak akan pernah  merasa cukup malah Allah akan terus menyibukkan hidupnya dengan dunia.

1 comment:

Anonymous said...

Pemimpn yg tamak gile..xcukup2 pelahap duit rakyat mcm xnak mati..bukanya nak berkongsi rezeki dgn mmbgun negara smua rkyt nikmati seadanya mcm semut da